Jumaat, 31 Mei 2013

Kenapa perlu malu untuk berhijrah?





           ASSALAMUALAIKUM WBT
            BIsmillahirrahmanirrahim



Ehem,...


Wahai pembaca yang setia sekalian,..


Malu ke hendak berhijrah? Jap, apa maksud HIJRAH? 

Hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. Sebagai manusia, kita jangan pernah berhenti untuk terus melakukan penghijrahan, kerana kita semua tidak sempurna.
HIJRAH memerlukan PENGORBANAN yang sangat besar...
Namun,janganlah kita sekali-kali berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Jika kita tidak mampu menjadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik. Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. InsyaAllah..
Jangan pedulikan cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Pandangan Allah itu jauh lebih penting daripada pandangan manusia.
Semoga kita terus istiqamah dalam penghijrahan ke arah yang lebih baik dan semoga redha ALLAH selalu bersama...amin.
Beruntunglah kita andai kita sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH kerana HIJRAH yang kita lakukan..ingatlah kita BERHIJRAH untuk mengubah kehidupan AKHIRAT & mencari keredhaan ALLAH.....


p/s : "Hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik"


Faham? Meh,dengar saya berhujah dengan ringkas.
Siapa yang suruh kita tutup aurat? Siapa yang suruh kita solat lima waktu? Siapa yang arahkan kita puasa di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan? Siapa? Siapa dan siapa?

Automatik mulut pembaca menjawab, Allah Azwajalla bukan? Ya,itulah jawapan yang tepat. Allah memerintahkan kita melaksanakan perintahNya itu kerana sebenarnya ada hikmah disebalik kejadian.Kalau kita buat,kita dapat pahala.Kalau sudah banyak pahala yang kita kumpul,nah..Syurgalah ganjaran buat kita.Kenapa masih malu untuk berhijrah? Adakah kerana ejekan kawan? Adakah kerana tentangan daripada ahli keluarga? Stop! Cuba fikir,Allah yang perintahkan kita berbuat demikian,tetapi kenapa perlu malu dan takut? Mereka bukan Tuhan. Saya ulangi,mereka bukan Tuhan.Kita cuma ingin melakukan transformasi untuk ke arah kebaikan kerana Allah,jadi tidak perlu was-was untuk berhijrah.Bukan mereka yang membawa kita ke Syurga,melainkan mereka together-gether berhijrah bersama kita.

APAKAH PERUBAHAN YANG PERLU DILAKUKAN ?


Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari )



Hadis ini merupakan garis panduan untuk melakukan hijrah. Apa-apa perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan  merupakan satu hijrah dan telah menepati sabda Rasulullah saw di atas.  Perubahan merangkumi dua perkara iaitu melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah. Melaksanakan suruhan Allah sebenarnya lebih mudah berbanding meninggalkan tegahan Allah SWT. 



Perubahan yang paling utama ialah melakukan taubat terhadap dosa-dosa yang lampau. Setiap individu muslim wajib bertaubat. Tiada siapa yang terlepas daripada dosa melainkan para Rasul. 



Taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan menghapuskan dosa. Allah SWT telah menjanjikan akan mengampuni dosa sesiapa yang bertaubat.



Dari Nabi saw bersabda bahawa  Allah berfirman ( hadis qudsi ) :



"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh  itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam  Muslim). 



Ini adalah janji Allah SWT dan Maha Suci Allah daripada memungkiri janjiNya. Jangan berputus asa dengan keampunan Allah walau anda bayangkan dosa anda terlalu banyak. Semua itu terlalu mudah bagi Allah yang bersifat dengan al-Tawwab (Maha Penerima Taubat) dan al-Ghaffar ( Maha Pengampun).



Diikuti dengan menyempurnakan kewajipan yang telah difardukan seperti solat fardu, puasa bulan Ramadan, zakat dan sebagainya. Mengabaikan perkara fardu adalah satu dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja menyebabkan seseorang itu akan menghuni neraka Saqar. Firman Allah SWT :




 "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam  neraka Saqar?. mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat. ( Surah al-Muddatsir : 42 dan 43 )
Jagalah anggota-anggota daripada melakukan dosa. Nikmat percakapan, pendengaran, penglihatan dan anggota-anggota lain jangan disalahgunakan untuk perkara yang diharamkan oleh syarak. Semua anggota kita akan menjadi saksi di akhirat nanti. Firman Allah SWT  :



Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan ( Surah al-Nur : 24 )



Tingkatkan amal soleh seumpama ingin menjaga solat fardu berjamaah, tilawah al-Quran setiap hari, bersedekah, memperbanyakkan solat sunat, melazimi qiyam al-lail dan banyak lagi amalan-amalan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.



Tingkatkan juga ilmu agama agar sentiasa cenderung untuk meningkatkan keimanan dan amal soleh. Ibadat yang dilakukan juga hendaklah menepati ibadat Rasulullah saw supaya ibadat tidak menjadi sia-sia sebagaimana sabda Rasulullah saw :



” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima).( riwayat Imam al-Bukhari )


Sebenarnya,bukan susah untuk berhijrah dan bukan senang untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh.Selagi iman kita kuat,selagi hati masih kuat menyintai Allah dan selagi masih sayang pada diri dan Rasul,insyaAllah kita boleh.Ya,semestinya boleh ! Ingat,bila kita jatuh,jangan terus mengalah,Allah masih memberimu banyak jalan untuk berubah.Pilihlah mana satu yang terbaik buatmu.Jika kita lemah dalam menghadapi ujianNya,cepat-cepat la sedar dan mohonlah keampuanan dariNya.Sekali kita jatuh,cepatlah bertaubat.Jika kita jatuh lagi,segerakanlah taubat.

Apa-apapun,pesanan dari saya,setiap masa tolonglah ingat pada Allah,Rasul dan orang disekeliling kita.Dan..........jangan malu ya untuk melakukan perubahan pada diri. ^_^

Janji tau lepas baca artikel yang tak seberapa ni,awak-awak yang selalu disayangi oleh Allah ni cepat-cepat lakukan perubahan ok? Saya pun nak lakukan juga,yelah..kita together-gether not perfect kan?

SELAMAT BERJUANG SAHABATKU....

Wassalam.
Saya nak berubah kerana Allah ! Bukan kerana kawan,keluarga dan orang disekeliling !
Nurhasyimah Umar MBE

1 ulasan:

Ley Chelsea berkata...

Terima kasih kerana mengingatkan..

Catat Ulasan