Ahad, 20 Januari 2013

Muhasabah diri kita.



ASSALAMUALAIKUM WBT
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Minggu lepas..

Saya diberi tugasan untuk menguruskan pendaftaran untuk pertandingan berarak, tilawah Al-Quran, kuiz, jawi, hafazan dan syarahan sempena sambutan maulidur rasul yang akan datang. Alhamdulillah, berjaya juga saya memikat pelajar-pelajar lain dalam kelas saya. Saya menjadi semangat untuk menyertai semua pertandingan itu kecuali syarahan. Saya terlupa untuk mengajak seorang lagi teman saya untuk menyertai pertandingan itu. Inilah antara perbualannya:

Saya: Assalamualaikum. Nak join pertandingan ni tak? (sambil menunjukkan sekeping kertas)
Dia: (Muka masam) Entahlah. Ada la jugak rasa-rasa nak join. 
Saya: Join la. Ramai lagi yang join. Jangan khuatir.
Dia: Tak nak la. Jap, pertandingan ni bila? Aku khuatir kalau pertandingan ni pada hari persekolahan. Aku tak nak ketinggalan dalam pelajaran. Kan nak PMR.
Saya: Tak apa lah kalau tak nak. Kalau join pun bermakna orang tu berjuang untuk agama.

Saya terus berlalu dari situ. Entah mengapa hati saya menangis. Orang zaman sekarang lebih pentingkan dunia dari Allah dan Rasul. Pertandingan tersebut berlangsung pada bulan januari dan PMR pula pada bulan Oktober. Aneh! Januari dan Oktober jaraknya jauh. Mengapa umat Islam kini banyak berubah? Kalau dibandingkan dengan zaman Rasulullah, umat Islam pada zaman itu sanggup meninggalkan hiburan dan kemewahan demi mengejar cinta Allah Azwajalla. Masyarakat kini tanpa sedar menjadi hamba pada dunia. Semua ini berleluasa kerana hati-hati kita telah dibiarkan dijangkiti penyakit.


Daripada Abu Hurairah RA katanya; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit umat terdahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah: terlalu banyak berhibur, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga menjadi zalim antara satu sma lain." [HR Hakim]



Wahai pembaca yang merupakan permata Islam..



Marilah kita sama-sama menjauhi diri kita dari menjadi sibuk dengan harta, suka berhibur, hilangnya akhlak, mabuk bercinta dengan yang tidak halal dan lalai mengejar nama. Na'uzubillah, tsumma na'uzubillah min zalik.



Sambung kembali pada jalan cerita..



Pertandingan ini diadakan kerana mempunyai objektif; untuk menyemarakkan lagi semangat cinta kepada Rasul dan juga pencipta kita. Memperingatkan kita kepada perjuangan Rasul. Walaupun teman saya lebih mementingkan PMR, tetapi dia sanggup menghabiskan masanya untuk melayan dunia k-pop. Pada pendapat saya  dunia k-pop,dunia barat dan macam-macam lagi adalah merupakan satu amalan yang menguat dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim kita dengan syaitan. Saya mengatakan sebegini kerana dalam Islam, apa-apa sahaja yang membuatkan kita lalai kepada Allah, perlulah kita berusaha menjauhinya kerana itu adalah satu perkara yang dimurkai Allah. Memuja-muja K-pop itu bukan satu sunnah yang disyorkan oleh Nabi SAW. Dakwah, makan menggunakan tangan sahaja dan menjilat jari selepas makan, menyimpan janggut dan selanjutnya, itulah yang baru dilabelkan sebagai sunnah. Namun, perkara yang bukan dianggap sunnah dikerjakan oleh masyarakat kini dengan rela hati namun perkara yang dilabelkan sebagai sunnah pula begitu berat untuk mereka kerjakan.



Jumaat yang lepas..

Lazimnya saya berjaya merampas tempat duduk di dalam bas. Namun kali ini,takdir tidak menyebelahi saya  tiada tempat duduk yang kosong untuk saya melabuh. Terpaksa saya berdiri dalam bas yang uzur itu. Bas itu sentiasa berhenti. Tiba sahaja ke destinasi itu, bas itu akan berhenti, bergerak, berhenti dan bergerak. Setiap kali bas itu berhenti, pantas sahaja penumpang-penumpang perempuan di dalam bas itu menoleh ke arah lelaki yang bakal turun dari bas. Sekiranya yang turun dari bas itu adalah perempuan, mereka malas untuk menoleh. Di mana lagi kita hendak menemui muslimah yang mulia? muslimah yang sejati? Wanita kini tidak pandai untuk menjaga mata. Allah menganugerahkan sepasang mata buat mereka namun mereka menghargainya dengan mencuci mata melihat jejaka-jejaka ajnabi. Muslimah yang sejati, mulia dan berakhlak akan sentiasa tunduk atau mengalihkan pandangan ke arah lain apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi dan apabila lelaki ajnabi melintasinya. Inilah contoh muslimah yang menjaga maruah dan takut dengan Allah kerana sekiranya mereka melakukan kesilapan, pembalasan dari Allah akan menanti mereka apabila yaumul qiyamah tiba. 


Duhai muslimah yang dikasihi Allah, jangan hanya menutup aurat sahaja, jangan hanya menjaga mulut sahaja dan jangan hanya menjaga telinga sahaja, sepasang mata pemberian Allah yang sangat bernilai itu juga haruslah dijaga.



Ayuh, berhentilah layanan lagu berjam-jam yang kita sendiri tidak memahami intipatinya. Marilah kita habiskan masa untuk membaca Al-quran, melakukan amar ma'ruf nahi mungkar, menunaikan solat di awal waktu dan jangan jadikan hiburan sebagai tempat untuk meleraikan tekanan. Carilah Allah, di situ nikmat ketenangan yang kamu dapat secara percuma dan berganda. Cukuplah menjadi orang yang selalu lalai kepada Allah.



Jom! Jom! Jom! Marilah kita sama-sama berusaha mulai detik ini untuk mengubati hati-hati kita dan memperbaiki kekhilafan kita wahai pembaca yang diingati. Mulailah dari diri-diri kita yang masih terbuka hati dengan melakukan transformasi. Mari! Mulakanlah dengan lafaz Bismillah.



Semoga Allah mempermudahkan segala perancangan ini. Amin Ya Hadid Ya 'Aziz.




Pesanan dari penulis:

*Sekiranya terdapat kesalahan harap para pembaca menegur kesalahan saya. Saya masih merangkak dalam dunia dakwah di usia yang muda ini (15 tahun). Saya memohon maaf sekiranya saya seperti hendak mengaibkan mana-mana pihak, namun ini adalah untuk kebaikan, sebagai munasabah diri kita semua.*


Wassalam,

Hidup untuk Allah Azwajalla
Nurhasyimah Umar MBE (Gadissastera)



0 ulasan:

Catat Ulasan