Isnin, 3 Disember 2012

AKU NAK JADI SRIKANDI MUSLIMAH!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

BAGAIMANA FORMULA UNTUK MENJADI MUSLIMAH?
Adakah dengan menggunakan tudung, anda sudah lulus 100 peratus menjadi ahli Syurga? Belum tentu! Mengapa agaknya? 























Inilah faktornya: 
1) Memakai tudung tetapi tidak melepasi paras dada. Apabila seseorang lelaki melihat bahagian yang terdedah itu secara percuma, banyak dosa yang datang menghempap dan terpaksa kita tanggung. Bagaimana pula kalau 99 juta orang lelaki yang melihat? Wallahu'alam..

2)Bahagian punggung juga merupakan aset yang mempunyai kuasa untuk menghumban kita ke neraka jahanam. Ingatlah, bahagian punggung juga wajib ditutup kerana aurat wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan.

3)Memakai tudung namun baju pula berlengan pendek. Kita sering diingatkan, apabila memakai baju berlengan pendek,gunalah sarung tangan a.k.a 'armsock' dan juga 'inner'. AWAS! Ada sesetengah 'armsock' yang haram digunakan. Sesetengah 'armsock' yang dijual selalu sahaja mengikut bentuk tangan. Apabila ia mengikut bentuk tangan, tahniah! Anda disahkan hamil! Opps, silap! Anda telah mendedahkan sebahagian aurat anda! Cara pemakaian yang lebih afdhal adalah dengan menggunakan baju yang berlengan panjang dan longgar.

4)Memakai tudung tetapi hampeh, baju yang digunakan pula mengikut bentuk tubuh badan, pendek kata, fuh...ketat! Apabila berkunjung ke busana atau butik muslimah, dinasihat agar mengawal nafsu kita kerana fesyen baju muslimah cantik-cantik belaka. Fulamak, rambang mata dibuatnya! Jangan kerana baju tersebut terlalu cantik, kita sanggup mendedahkan sebahagian aurat kita! Jaga maruah kita wahai muslimah yang dimuliakan oleh Allah! Renungkanlah, kecantikkan tidak mampu membawa kita ke syurga, hanya pahala sahaja yang mampu kerana kunci pintu syurga terletak pada berapa banyak pahala yang kita cedok, bungkus dan tapau semasa hidup di dunia untuk ditimbang di akhirat kelak. Berhati-hatilah ketika membeli pakaian muslimah. Elakkan memakai pakaian yang jarang dan ketat, sesungguhnya balasan yang menanti kita di neraka sangat dasyat. Tunggu...


5)Elakkan memakai 'scarf' sahaja ketika berada di luar kawasan rumah dan dimana-mana sahaja. Pemakaian sebegini masih tetap memperlihatkan aurat kita kepada lelaki ajnabi kerana di bahagian leher dan dada terdedah dan mata-mata lelaki ajnabi akan mendarat dan melekat di tempat terdedah itu seperti lalat 'landing' di atas makanan yang terdedah. Euww, kotor dan menjijikkan, begitulah perempuan jika terdedah auratnya. 

6)Apabila pandang atas, pakai tudung. Pandang bawah, pakai seluar jeans? Seluar jeans itu haram sebenarnya. Pernahkah  kita lihat para ustaz, ustazah, tok imam, ulama dan lain-lain memakai seluar jeans? Lebih afdhal adalah dengan memakai pakaian yang diredhai oleh Allah S.W.T

Sedarlah, kita ini manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Apabila kita sedar itu ialah kesilapan kita,bertindaklah untuk memperbaiki dan bertaubat. Yakinlah, Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang. Memang pakaian labuh selalu membuatkan kita tidak selesa dan terpaksa bermandi peluh, setiap titik peluh yang keluar itulah sebenarnya bilangan pahala yang kita dapat selagi niat di hati ikhlas kerana mentaati perintah Allah. Apabila kita diejek, teruslah bangkit kerana pahala bukan jatuh bergolek kepada mereka tetapi pahala itu kekal abadi menjadi milik kita. Wahai muslimah, biarlah kita berpanasan di dunia kerana ingin menutup aurat kerana ikhlas melaksanakan perintah Allah, yakinlah bahawa kepanasannya tidak kekal lama kerana syurga bagimu tidaklah sepanas seperti semasa kita masih di dunia. Ingatlah, wanita yang tidak menutup aurat memang seronok hidup di dunia kerana tidak berpanasan, yakinlah pembalasan yang menanti mereka di neraka lebih panas lagi dari apa yang mereka rasa di dunia.