Ahad, 22 Julai 2012

KEJAYAANKU ADALAH UNTUK AGAMAKU (ISLAM)



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

KEJAYAANKU ADALAH UNTUK AGAMAKU, ISLAM!

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang  bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya) sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."                                
(AL-QURAN, AT-THALAQ, 65: 2-3)
"Apakah tidak cukup bagi mereka bahawa kami telah menurunkan kepadamu kitab (Al-Quran) yang dibacakan kepada mereka? sungguh, dalam (Al-Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman."
(AL-QURAN, AL-ANKABUT, 29: 51) 

 APAKAH MAKSUD KEJAYAAN DAN KEGAGALAN?

Sebelum isi dan fakta dilontarkan, molek sekiranya kita intai, tilik dan terjah dahulu definisi kejayaan dan kegagalan. Menurut kamus besar Bahasa Melayu, kejayaan membawa makna sukses, kemenangan, kemajuan, perkembangan, pencapaian dan kemaraan manakala kegagalan pula membawa maksud kebuntuan, kebantutan, ketewasan dan kekandasan.  


KENAPA KITA GAGAL DAN MACAM MANA CARANYA NAK BERJAYA?

Kita tidak sedar bahawa kegagalan sentiasa mengejar kita dari belakang dan tidak pernah berputus asa untuk mengejar kita. Kita pula umpama pelarian, terpaksa melarikan diri dari ditangkap oleh kegagalan. Penyelesaian konflik ini akan terlerai jika kita dapat mengejar ilmu. Ilmu ialah perlindung kita. Semasa dalam pelarian itu, insyaAllah kita akan menemui ilmu. Ingat, bawalah ilmu yang kita jumpa semasa dalam pelarian kerana perlindungan dari ilmu berjaya menyebabkan kegagalan tidak mempu menjejak kita. Namun, perlindungan ilmu sebenarnya tidaklah begitu kuat kerana ia berbentuk sementara. Oleh itu, cantumkan ilmu dengan usaha kita. Jika dicantum kedua-dua elemen asas ini, terbitlah semangat kerjasama antara kedua-dua elemen ini. Dengan ini, mudahlah bagi kita untuk mengesan jejak langkah kejayaan kerana kekuatanperlindungan kejayaan sangat efektif. Apabila kita mendapat kejayaan, itulah bukti bahawa kemenangan milik kita !!

MATLAMAT HIDUP

Adakah para pembaca sekalian mempunyai matlamat hidup? Bagaimanakah anda menetapkan matlamat hidup anda? Adakah anda pasti itu adalah yang terbaik? Ada sesetengah kita menetapkan matlamat hidup di atas sehelai kertas. Ada pula yang tidak suka dengan cara itu. Mungkin ada cara yang lain? Kita juga boleh menetapkan matlamat hidup ke dalam minda sahaja. Tidak berguna juga jika kita hanya menetapkan ke dalam minda dan hanya berangan-angan seperti angan-angan Mat Jenin.

"Sebelum tidur, tetapkan matlamat ke dalam minda agar keesokkan harinya kita boleh menguatkan matlamat itu."        -Gadis Sastera


APAKAH MATLAMAT HIDUPKU?

  • Menerapkan AGAMA ISLAM di dalam aspek kehidupan harian (ruhani dan jasmani).
  • Memajukan diri sendiri dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.
  • Mengeksploitasikan ilmu Islam beserta dengan ilmu dunia.
  • Menyebarkan ilmu yang sedia ada kepada rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya.
  • Membawa ISLAM ke dalam rumahku.


"Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian."
(AL-QURAN, AL-ISRA, 17:82)

      Ada yang hanya fokus tentang masa hadapan sahaja tanpa memikirkan langsung masa kini. Memang, rata-rata ada sesetengah orang berpesan supaya memikirkan masa hadapan sahaja. Kita patut fokus kepada kedua-duanya. Berkatalah kepada diri kita, "Kalau aku buat begini, adakah ia memberi kebaikan yang berpanjangan buatku?". Jika ia memberi kebaikan, lakukanlah dan buktikanlah. Jika kita tidak memberi kebaikan langsung, jauhilah.

BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL

Jangan pisahkan pasangan kembar ini ; berusaha, berdoa dan bertawakkal. Jika salah satu daripada mereka tiada, harapan untuk mendapatkan kejayaan menjadi layu. Dewasa ini, ramai yang berjaya dan ramai yang gagal. Mereka berjaya kerana mengamalkan "Berusaha + berdoa + bertawakkal" dan mereka yang gagal mengamalkan "Berusaha + berdoa + berangan". 

0 ulasan:

Catat Ulasan