Isnin, 2 April 2012

Ibu dan Abah telah pergi!


bismilahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t



Aku bagi mereka sekuntum bunga,
Ibu umpama penyeri yang bangga,
Abah pula sang pujangga,
Bersatu kita berasa lega.

Dimulakan dengan lafaz Bismillah,
Mereka hiasi hariku indah,
Tanpa peduli definisi lelah,
Niat dihati kerana Allah.

Ibu dan Abah telah pergi,
Kembali menghadap pada Ilahi,
Meninggalkanku disini keseorangan sepi,
Bertemankan senyuman sang mentari.

Akanku utuskan salam ingatan,
Hanya doa sebagai ikatan,
Aku hampir menuju kesesatan,
Terpedaya dengan hasutan syaitan.

Kita bersama hanya sementara,
Kita berasmara hanya seketika,
Sudah takdir menentukan segalanya,
Syukur iman masih didada.

Aku rindu belaian mereka,
Aku perlukan seteguk bahagia,
Yang mencurah hanyalah duka,
Jasad mereka tiada didunia.



Wassalam
NURCAHAYAshdc
Jangan sangka mutiara hanya dilautan!
Syukran :D

- Bunga -


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t




*BUNGA*


  Ciptaan Allah yang paling indah selepas wanita ialah bunga. Hati turut tenang memandangnya. Cuba kita bayangkan di sekeliling rumah kita hanya dipenuhi ribuan bunga yang segar dan mekar. Tanpa ada kenderaan lalu lalang, rumah, bangunan yang segak berdiri dan sesakan ribuan manusia. Mungkin sahaja kehidupan akan lebih tenang. Kita juga tidak akan mengalami tekanan.

   

 Harum, cantik, indah dan menawan ialah ciri-ciri yang ada pada bunga. Inilah sebabnya ramai lelaki melambangkan wanita sebagai bunga. Memang diakui wanita memang secocok dengan bunga. Buktinya? Cuba kita bayangkan seorang wanita meletakkan sekuntum bunga di celah-celah rambut atau telinganya. Cantik bukan? Sudah tentulah manis ketika dipandang. Molek sahaja apabila direnungi. Kalau lelaki seperti ini? Kelakar bukan? Memang sudah lazimnya lelaki tidak sepadan dengan bunga. Hanya kelihatan menarik ketika mereka menyematkan pada baju kot yang mereka gayakan. Sungguh kacak, bergaya dan tampan! Hendak lagi bukti? Bunga di mata kita memang cantik, indah dan boleh menawan hati. Lelaki memang tidak sesuai dikategorikan seperti itu. Lelaki di mata kita  ialah segak,kacak,gagah,tegap dan tampan.



 Kumbang, rama-rama dan serangga lain sentiasa keluar memburu bunga-bunga yang mekar. Ini juga terjadi dalam dunia manusia. Melihat sahaja wanita-wanita yang cantik, menawan dan molek cara berpakaian, pasti sahaja mereka akan menjadi buruan para lelaki yang begitu taksub mengejar erti cinta.



 Mungkinkah bunga-bunga akan terus kekal tumbuh di bumi ini pada masa hadapan? Ya atau tidak ialah bergantung pada kita. Manusia mengetepikan Tuhan mereka dan menggantikan wang sebagai Tuhan mereka. Tempat yang sepatutnya menjadi tempat untuk bunga-bunga tumbuh telah menjadi tempat bangunan gagah dan segak berdiri. Bagunan yang tiada membawa apa-apa erti telah merampas segalanya. Bangunan menjadi watak sinis dalam perkara ini.




 Biarlah dunia akan kehilangan bunga dan mungkin akan tinggal hanya sekuntum tetapi jangan sampai wanita yang baik akhlaknya turut bersama-sama lenyap bersama bunga.

- 17.03.2012 -



Wassalam
NURCAHAYAshdc
Bunga,kau cerahkan hariku!
Syukran