Selasa, 7 Februari 2012

Berbanggalah dengan negara kita!


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~




Setiap kali kita menyanyikan lagu kebangsaan kita; Negaraku, pernah kita berasa bangga dengan kata-kata yang disampaikan dalam lagu ini?  Pernah kita cuba memahami kata-kata dalam lagu ini? Adakah kita faham dengan kata-kata yang cuba disampaikan? Pernah berasa bangga duduk di negara Malaysia? Pernah dihati kita cuba untuk mengharumkan nama Malaysia?

Mari kita sama-sama menjawabnya...

Tidak semua kita rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku dengan gaya yang sama. Berlainan bukan? Ya, rakyat di Malaysia tidak menyanyikan dengan gaya yang sama. Bagi yang tidak berdisiplin, mereka sudah semestinya menyanyi seperti ini:
1. Tidak berdiri tegak 
2. Badan bongkok
3. Kaki bergerak-gerak mengikut rentak lagu
4. Tangan tidak berada disisi
5. Kepala pusing ke kanan dan ke kiri
6. Menyanyi dengan suara yang lemah, malu-malu dan tanpa mengeluarkan suara
7. Tidak cuba menghayati setiap patah perkataan
8. Ekspresi muka yang murung, tidak ceria, malas dan tidak berminat

Lain pula yang benar-benar menghayatinya:

1. Berdiri tegak
2. Menghayati setiap patah perkataan
3. Sentiasa senyum
4. Tidak takut mengeluarkan suara; suara lantang
5. Sungguh bersemangat
6. Tidak malu-malu
7. Menerapkan rasa bangga menjadi anak Malaysia dalam diri
8. Yakin dengan berpandukan lagu Negaraku, dapat membawa diri ke arah kecemerlangan dan mengharumkan nama Malaysia

Cara yang mudah untuk menaikkan semangat ketika menyanyi adalah dengan hanya berimaginasi.  Membayangkan bendera Malaysia berkibaran di langit. Semangat cinta akan negara tidak harus pudar. Jangan sesekali jemu!

Wassalam
Ana bangga menjadi anak Malaysia
Go Malaysia
NURCAHAYAshdc
Syukran

0 ulasan:

Catat Ulasan