Sabtu, 25 Februari 2012

Semuanya hilang

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~



Bunga itu layu, setelah sinaran cahaya dari dirimu kian menghilang. 



Bidadari-bidadari dari Syurga tidak ingin lagi turun ke bumi untuk menyebarkan bubuk bahagia. 



 




Kunang-kunang pula tidak berkelipan setiap malam.






Bintang-bintang di langit tidak mampu lagi  mengeluarkan cahayanya. 






Bulan pula tidak hadir setiap malam, mungkin berbalahan dengan dengan bintang. 




Langit tidak membiru seperti dahulu.




 Mendung sahaja yang mewarnai hari yang berganti hari. 




Esok tidak kunjung-kunjung tiba. 






Pari-pari sudah jemu untuk menemani setiap kali mahu tidur. 




Hanya mimpi buruk yang menemani ketika terlelap. 






Pelangi tiba-tiba hilang satu warna. 





Lautan yang terbentang luas terbahagi kepada empat. 




Pokok-pokok dengan sendirinya tidak mahu berhenti membesar dan mencecah langit.


~Wassalam~
~NURCAHAYAshdc~
~JIKA DUNIA SEPERTI INI~
~Syukran~

Sedarkah kita??



Pernahkah kita cuba merenungi ciptaannya?
   CIPTAANNYA CUKUP INDAH DIMATA KITA TAPI KITA           
     MUSNAHKANNYA...

Marilah kita sama-sama mengenali ciptaanNya. Disini ada koleksi gambar rama-rama yang cantik. Sekali kita sentuh sayap rama-rama, sudah semestinya kecantikan rama-rama itu terhakis. Begitu juga wanita. Sekali disentuh, sudah semestinya maruah wanita itu terhakis jua. 























Jumaat, 24 Februari 2012


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~

Hati ini memilih untuk berada dihatimu sahaja,
pernah sekali hati ini tidak mahu berada di situ,
tetapi sukar 
untuk dipisahkan hati ini
dengan hatimu,
kerana hati kita bersatu cukup kukuh selama ini..

~Wassalam~
~NURCAHAYAshdc~
~HATI KITA!!~
~Syukran~




Khamis, 23 Februari 2012


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~


Aku dan kamu..
Apabila kita bersua dan bergandingan..
Ada sesuatu yang mengiringi bersama..
Ingin sekali menjelaskannya..
tetapi..
Aku begitu khuatir ia tidak benar
kerana yang sentiasa mengiringi itu ialah
C.I.N.T.A

~Wassalam~
~NURCAHAYAshdc~
~Apa itu CINTA?~
~Syukran~



Selasa, 7 Februari 2012

Berbanggalah dengan negara kita!


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~




Setiap kali kita menyanyikan lagu kebangsaan kita; Negaraku, pernah kita berasa bangga dengan kata-kata yang disampaikan dalam lagu ini?  Pernah kita cuba memahami kata-kata dalam lagu ini? Adakah kita faham dengan kata-kata yang cuba disampaikan? Pernah berasa bangga duduk di negara Malaysia? Pernah dihati kita cuba untuk mengharumkan nama Malaysia?

Mari kita sama-sama menjawabnya...

Tidak semua kita rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku dengan gaya yang sama. Berlainan bukan? Ya, rakyat di Malaysia tidak menyanyikan dengan gaya yang sama. Bagi yang tidak berdisiplin, mereka sudah semestinya menyanyi seperti ini:
1. Tidak berdiri tegak 
2. Badan bongkok
3. Kaki bergerak-gerak mengikut rentak lagu
4. Tangan tidak berada disisi
5. Kepala pusing ke kanan dan ke kiri
6. Menyanyi dengan suara yang lemah, malu-malu dan tanpa mengeluarkan suara
7. Tidak cuba menghayati setiap patah perkataan
8. Ekspresi muka yang murung, tidak ceria, malas dan tidak berminat

Lain pula yang benar-benar menghayatinya:

1. Berdiri tegak
2. Menghayati setiap patah perkataan
3. Sentiasa senyum
4. Tidak takut mengeluarkan suara; suara lantang
5. Sungguh bersemangat
6. Tidak malu-malu
7. Menerapkan rasa bangga menjadi anak Malaysia dalam diri
8. Yakin dengan berpandukan lagu Negaraku, dapat membawa diri ke arah kecemerlangan dan mengharumkan nama Malaysia

Cara yang mudah untuk menaikkan semangat ketika menyanyi adalah dengan hanya berimaginasi.  Membayangkan bendera Malaysia berkibaran di langit. Semangat cinta akan negara tidak harus pudar. Jangan sesekali jemu!

Wassalam
Ana bangga menjadi anak Malaysia
Go Malaysia
NURCAHAYAshdc
Syukran

Balasanmu di akhirat


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~

Dia seorang gadis
yang alim,
solehah,
dan kuat beriman,
sentiasa mengenakan sehelai kain
di atas kepalanya,
kini,
sehelai kain itu terbang bersama angin,
tiada lagi dikenakan di atas kepalanya,
Hanya menantikan saat-saat
rambutnya bertukar menjadi ular
di akhirat nanti.

Wassalam
Biar kita sentiasa menutupi aurat
NURCAHAYAshdc
Syukran

.. HATIKU dan HATIMU..



~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~

Mengapa kau pergi kepada si dia?
Mengapa kau memilih si dia?
Hati, adakah kau pasti
dia yang terbaik menjadi pemilikmu?
Jika dia yang terbaik
pergilah kepadanya,
Hati, bersatulah dengan hatinya,
Biar perasaan cinta terbit di antara
aku dan dia.

Wassalam
Perempuan bertudung memang manis dipandang
NURCAHAYAshdc
Syukran

Rabu, 1 Februari 2012

# hanya kerana sebuah senyuman #



~Bismillahirrahmanirrahim~

~Assalamualaikum w.b.t~







Aku telah jatuh cinta,
jatuh cinta pada senyumanmu,
hubungan kita tidak begitu
akrab,
tetapi,
semua perkara mengenai dirimu,
semuanya telah aku ketahui,
namun,
aku tahu kau tidak mengetahui semua perkara
tentang diriku,
aku sentiasa memerhatikanmu dari jauh,
aku tahu kau tak pernah berbuat sedemikian
seperti yang aku lakukan ini,
kita pernah bersua,
hanya seketika,
hanya sementara,
Tetapi,
akan ku jadikannya sebagai memori yang indah
Kau tak pernah lokek dengan senyumanmu,
kepada sesiapa sahaja
kau lemparkan senyumanmu,
kau memiliki senyuman yang menawan
sehingga berjaya membuat hatiku
terpikat untuk terus mengenalimu
dengan lebih mendalam..


Wassalam
Kamek sik pernah bercinta
NURCAHAYASHDC

Syukran

== RUKUN NEGARA ==


~Bismillahirrahmanirrahim~

~Assalamualaikum w.b.t~






BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak:

^^ Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; ^^
.
^^ Memelihara satu cara hidup demokratik; ^^
.
^^ Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil sdan saksama; ^^
.
^^ Menhjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; ^^
.
^^ Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; ^^


MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk mencapai tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
.
KELUHURAN DAN PERLEMBAGAAN
.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Wassalam
SELAMAT BERJUANG ANAK MUDA
NURCAHAYAshdc
Syukran