Selasa, 31 Januari 2012

;; Dia ;;

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~

Aku tercari-cari
sesuatu,
Tapi gagal,
Aku mencari siapakah jejaka
yang telah berjaya
mencuri sekeping hatiku,
Akhirnya,
aku bertanya kepada hatiku,
Siapakah si dia itu,
hatiku tidak berkata apa-apa,
tetapi,
hanya nama yang tertera 
dihatiku
yang kini telah bertakhta dihati.

Wassalam
NURCAHAYshdc
Kamek minat sherlock holmes
Syukran

// Hati //


~Bismillahirrahmanirrahim~

~Assalamualaikum w.b.t~



Cinta hadir 
dari hati kita,
dan akan hidup dihati si dia,
Cinta yang hadir dari hatiku
mencari si dia yang sepatutnya memiliki
cinta dari hati ini,
tapi,
siapakah dia?
dan..
kini,
telah hadir dihatimu.

NAMA

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t ~


Jika dia yang dicintai
selama ini,
ukirlah namanya 
dihatimu,
Jika dia yang ingin dimiliki
selama ini,
pahatkanlah namanya, 
dihatimu,
Biar ia kekal disitu,
iaitu dihatimu..

Wassalam
Kamek sik tauk apa-apa
NURCAHAYAshdc
Syukran

Rabu, 25 Januari 2012

^^ Aku tidak mengerti ^^

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~


Mengapa kita dipersatukan,
memandangkan kau tidak begitu
mengambil berat mengenaiku,
Kau memperlekeh cinta ini,
Kau seperti ingin mempermain cinta dan hatiku,
Adakah dimatamu,
aku ini cuma mainan boneka bagimu,
Mengapa kau masih mengejar cintaku,
Adakah aku ini cukup sempurna untukmu,
Masih ada lagi yang sempurna
dari diriku yang lemah ini,
Apa lagi yang masih kau tunggukan
cinta dariku,
sedangkan percintaan ini tidak mendapat restu 
daripada orang tuamu,
Pernahkan kau cuba untuk 
memahami isi hati wanita sepertiku,
Cubalah memahami isi hati wanita,
Hargailah wanita,
Wanita merupakan anugerah yang paling indah
yang Allah berikan kepada kaum Adam.

Wassalam
Aku manusia biasa
NURCAHAYAshdc
Syukran


<< Aku memilih kau >>


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~

Kau berjalan bersama angin,
Aku hanya mampu melihatmu,
Kau tinggalkan aku,
disini..
Keseorangan,
Pada wajahmu,
Kau begitu kesal,
kerana aku tidak
memberimu jawapan yang pasti,
Kau semakin jauh
mengorak langkah,
Lantas aku berdiri,
Mengejar cintamu,
Kau berpaling padaku,
dan melihat aku berlari ke arahmu,
Kini, aku berada dalam pelukan hangatmu,
Kau meleraikan pelukan itu,
Merenungi anak mataku,
Lantas bibirmu menyentuh bibirku...


Wassalam
Ana bukan muslimah yang sempurna
NURCAHAYAshdc
Syukran

# Inilah Cinta **


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~


Aku tunduk,
Mataku tertumpu pada
kakiku yang sedang menguis lantai,
Air mata dikelopak mata
sedang menunggu giliran 
untuk turun ke bumi
secara perlahan-lahan
sebutir air mata jernih 
menjalar dipipi,
Lekas aku mengesat,
Aku mendongak pula,
Melihat ke arah langit,
Aku cuba untuk senyum,
Dalam hati aku bersyukur
dengan segala kejadian
yang menimpaku...

Wassalam
Cintaku hanya untukNya
NURCAHAYAshdc
Syukran

;: Kau seekor burung yang gigih :;


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~


Setiap hari,
Kau keluar mengembara,
Dengan tubuhmu yang kecil,
Tanpa kau pedulikan 
apakah itu penat lelah,
Malah kau tetap gigih,
Kau pulang
disambut oleh anak-anakmu,
bersama-sama dengan tangisan yang bertalu-talu,
Mereka kelaparan,
Kau berusaha memujuk dengan menyuap mereka,
Menggunakan paruhmu,
Barulah suara halus mereka
tidak kedengaran lagi...

Wassalam
Hanya cinta kepada Yang Ilahi
NURCAHAYAshdc
Syukran



Selasa, 24 Januari 2012

....

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~



# Bersihkanlah jiwa untuk menjalani kehidupan =)
# Aku sangka panas hingga ke petang tetapi sebenarnya tidak.
# Mendekati Allah sebagai penyelesaian.
# Ana memejamkan mata dan merasakan ketenangan menusuk ke jiwa apabila azan berkumandang dan disebalik kata-kata dalam azan itu bagaikan suara muzik dihatiku.
# Menjadi muslim sungguh luar biasa sekjali rasanya.


Wassalam
Tiada makna cinta itu kecuali cinta kepada Allah
NURCAHAYAshdc
Syukran 

[[ Berbaktilah kepada Negara!! ]]


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum~

*Bagi mereka yang tengah dilamun cinta.Mereka akan berpegang dengan rukun yang mereka cipta:

Kepercayaan kepada CINTA
Kesetiaan kepada KEKASIH
Keluhuran PERCINTAAN
Kedaulatan undang-undang CINTA
Kesopanan terhadap KEKASIH

source: budak-budak zaman sekarang......

#Jangan jadi seperti anak muda sekarang yang berpegang kepada prinsip di atas.Tetapi, berpeganglah dengan prinsip dibawah ini..

*Bagi mereka yang cinta dan berbangga menjadi anak Malaysia, mereka akan berpegang dengan RUKUN NEGARA:



KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Tiada makna cinta itu kecuali cinta kepada Allah
Syukran



Isnin, 23 Januari 2012

++MencintaiNya lebih dari dirimu++


~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~



Aku menyintaimu
bukan kerana rupamu
bukan kerana perwatakanmu
bukan kerana hati budimu
bukan kerana ilmu 
bukan kerana hartamu
bukan kerana statusmu
tapi..
kerana aku ikhlas 
dan menyintaimu kerana Allah

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Bersastera sebagai seni dakwah
Syukran

ingatlah..


#Jangan begitu yakin bahawa kita boleh membohongi seseorang itu kerana mungkin juga sekarang dia membohongi kita
> NURCAHAYAshdc <



#Memandang rendah pada seseorang kerana rupa yang dimiliki sama sahaja memandang rendah pada ciptaan Allah
> NURCAHAYAshdc <



Aku kah itu?


~Bismilahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~



Begitu lama,
aku memendam rasa,
cinta terhadapmu,
Begitu lama,
aku memendamnya,
Adakah kau sedar selama ini ,
aku meminatimu..
Adakah kau pernah mengimpikan,
aku untuk hidup bersamamu..
Adakah kau pernah mengimpikan,
aku untuk muncul dalam mimpimu..
Walaupun perit yang dialami
tapi..
aku yakin ia akan bertukar menjadi manis. 

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Bersastera sebagai seni dakwah
Syukran

- sentiasa dihati -

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~

Aku disini,
dan..
Kau jauh disana,
Kita berjauhan,
Tetapi..
Aku sentiasa ingat dan berpegang 
dengan kata-katamu itu..



"Wala berjauhan, ingatlah aku sentiasa disisimu, iaitu dihatimu"
 Wassalam
NURCAHAYshdc
Bersastera sebagai seni dakwah
Syukran

[[ Senyuman itu ]]



~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum~



Inilah perasaan yang tergambar dihatiku,
Iaitu BAHAGIA,
Disaat aku berpeluang melihat,
Kau mengukir sebuah senyuman,
Adakah senyuman itu untuk aku?
Atau..
Wanita-wanita lain yang diluar sana?
Aku cuma mengharapkan senyuman itu kekal menjadi milikku.. =D

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Bersastera sebagai seni dakwah
Syukran

Ahad, 22 Januari 2012

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~



Hatiku tenang,
Di saat mata hanya tertumpu,
kepada ciptaanMu,
Penuh dengan kehijauan,
Tapi manusia menghancurkannya,
Hanya berbekalkan perasaan kecewa yang melanda jiwaku..

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Bersastera sebagai seni dakwah
Syukran

:: Teman -> cinta ::



~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~




Allah cuba menyatukan kita,
Hanya bermula dengan sebuah perkenalan,
Kita semakin rapat,
Bagaikan semut dan sahabatnya,
Dengan hanya bekerjasama dalam pasukan,
Mengeratkan lagi hubungan,
Lantas dengan satu lafaz,
Kita menjadi teman,
Dari teman menjadi cinta,
Ada perasaan yang indah yang tersemat kemas,
Di hati kita,
Kini,
Bermulalah episod cinta,
Kaulah cintaku,
Kaulah jiwaku,
Hanya kau,
SAYANG..

Wassalam,
NURCAHAYAshdc
Bersastera sebagai seni dakwah
Syukran