Isnin, 3 Disember 2012

AKU NAK JADI SRIKANDI MUSLIMAH!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

BAGAIMANA FORMULA UNTUK MENJADI MUSLIMAH?
Adakah dengan menggunakan tudung, anda sudah lulus 100 peratus menjadi ahli Syurga? Belum tentu! Mengapa agaknya? 























Inilah faktornya: 
1) Memakai tudung tetapi tidak melepasi paras dada. Apabila seseorang lelaki melihat bahagian yang terdedah itu secara percuma, banyak dosa yang datang menghempap dan terpaksa kita tanggung. Bagaimana pula kalau 99 juta orang lelaki yang melihat? Wallahu'alam..

2)Bahagian punggung juga merupakan aset yang mempunyai kuasa untuk menghumban kita ke neraka jahanam. Ingatlah, bahagian punggung juga wajib ditutup kerana aurat wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan.

3)Memakai tudung namun baju pula berlengan pendek. Kita sering diingatkan, apabila memakai baju berlengan pendek,gunalah sarung tangan a.k.a 'armsock' dan juga 'inner'. AWAS! Ada sesetengah 'armsock' yang haram digunakan. Sesetengah 'armsock' yang dijual selalu sahaja mengikut bentuk tangan. Apabila ia mengikut bentuk tangan, tahniah! Anda disahkan hamil! Opps, silap! Anda telah mendedahkan sebahagian aurat anda! Cara pemakaian yang lebih afdhal adalah dengan menggunakan baju yang berlengan panjang dan longgar.

4)Memakai tudung tetapi hampeh, baju yang digunakan pula mengikut bentuk tubuh badan, pendek kata, fuh...ketat! Apabila berkunjung ke busana atau butik muslimah, dinasihat agar mengawal nafsu kita kerana fesyen baju muslimah cantik-cantik belaka. Fulamak, rambang mata dibuatnya! Jangan kerana baju tersebut terlalu cantik, kita sanggup mendedahkan sebahagian aurat kita! Jaga maruah kita wahai muslimah yang dimuliakan oleh Allah! Renungkanlah, kecantikkan tidak mampu membawa kita ke syurga, hanya pahala sahaja yang mampu kerana kunci pintu syurga terletak pada berapa banyak pahala yang kita cedok, bungkus dan tapau semasa hidup di dunia untuk ditimbang di akhirat kelak. Berhati-hatilah ketika membeli pakaian muslimah. Elakkan memakai pakaian yang jarang dan ketat, sesungguhnya balasan yang menanti kita di neraka sangat dasyat. Tunggu...


5)Elakkan memakai 'scarf' sahaja ketika berada di luar kawasan rumah dan dimana-mana sahaja. Pemakaian sebegini masih tetap memperlihatkan aurat kita kepada lelaki ajnabi kerana di bahagian leher dan dada terdedah dan mata-mata lelaki ajnabi akan mendarat dan melekat di tempat terdedah itu seperti lalat 'landing' di atas makanan yang terdedah. Euww, kotor dan menjijikkan, begitulah perempuan jika terdedah auratnya. 

6)Apabila pandang atas, pakai tudung. Pandang bawah, pakai seluar jeans? Seluar jeans itu haram sebenarnya. Pernahkah  kita lihat para ustaz, ustazah, tok imam, ulama dan lain-lain memakai seluar jeans? Lebih afdhal adalah dengan memakai pakaian yang diredhai oleh Allah S.W.T

Sedarlah, kita ini manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Apabila kita sedar itu ialah kesilapan kita,bertindaklah untuk memperbaiki dan bertaubat. Yakinlah, Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang. Memang pakaian labuh selalu membuatkan kita tidak selesa dan terpaksa bermandi peluh, setiap titik peluh yang keluar itulah sebenarnya bilangan pahala yang kita dapat selagi niat di hati ikhlas kerana mentaati perintah Allah. Apabila kita diejek, teruslah bangkit kerana pahala bukan jatuh bergolek kepada mereka tetapi pahala itu kekal abadi menjadi milik kita. Wahai muslimah, biarlah kita berpanasan di dunia kerana ingin menutup aurat kerana ikhlas melaksanakan perintah Allah, yakinlah bahawa kepanasannya tidak kekal lama kerana syurga bagimu tidaklah sepanas seperti semasa kita masih di dunia. Ingatlah, wanita yang tidak menutup aurat memang seronok hidup di dunia kerana tidak berpanasan, yakinlah pembalasan yang menanti mereka di neraka lebih panas lagi dari apa yang mereka rasa di dunia.












Ahad, 22 Julai 2012

KEJAYAANKU ADALAH UNTUK AGAMAKU (ISLAM)



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

KEJAYAANKU ADALAH UNTUK AGAMAKU, ISLAM!

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang  bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya) sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."                                
(AL-QURAN, AT-THALAQ, 65: 2-3)
"Apakah tidak cukup bagi mereka bahawa kami telah menurunkan kepadamu kitab (Al-Quran) yang dibacakan kepada mereka? sungguh, dalam (Al-Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman."
(AL-QURAN, AL-ANKABUT, 29: 51) 

 APAKAH MAKSUD KEJAYAAN DAN KEGAGALAN?

Sebelum isi dan fakta dilontarkan, molek sekiranya kita intai, tilik dan terjah dahulu definisi kejayaan dan kegagalan. Menurut kamus besar Bahasa Melayu, kejayaan membawa makna sukses, kemenangan, kemajuan, perkembangan, pencapaian dan kemaraan manakala kegagalan pula membawa maksud kebuntuan, kebantutan, ketewasan dan kekandasan.  


KENAPA KITA GAGAL DAN MACAM MANA CARANYA NAK BERJAYA?

Kita tidak sedar bahawa kegagalan sentiasa mengejar kita dari belakang dan tidak pernah berputus asa untuk mengejar kita. Kita pula umpama pelarian, terpaksa melarikan diri dari ditangkap oleh kegagalan. Penyelesaian konflik ini akan terlerai jika kita dapat mengejar ilmu. Ilmu ialah perlindung kita. Semasa dalam pelarian itu, insyaAllah kita akan menemui ilmu. Ingat, bawalah ilmu yang kita jumpa semasa dalam pelarian kerana perlindungan dari ilmu berjaya menyebabkan kegagalan tidak mempu menjejak kita. Namun, perlindungan ilmu sebenarnya tidaklah begitu kuat kerana ia berbentuk sementara. Oleh itu, cantumkan ilmu dengan usaha kita. Jika dicantum kedua-dua elemen asas ini, terbitlah semangat kerjasama antara kedua-dua elemen ini. Dengan ini, mudahlah bagi kita untuk mengesan jejak langkah kejayaan kerana kekuatanperlindungan kejayaan sangat efektif. Apabila kita mendapat kejayaan, itulah bukti bahawa kemenangan milik kita !!

MATLAMAT HIDUP

Adakah para pembaca sekalian mempunyai matlamat hidup? Bagaimanakah anda menetapkan matlamat hidup anda? Adakah anda pasti itu adalah yang terbaik? Ada sesetengah kita menetapkan matlamat hidup di atas sehelai kertas. Ada pula yang tidak suka dengan cara itu. Mungkin ada cara yang lain? Kita juga boleh menetapkan matlamat hidup ke dalam minda sahaja. Tidak berguna juga jika kita hanya menetapkan ke dalam minda dan hanya berangan-angan seperti angan-angan Mat Jenin.

"Sebelum tidur, tetapkan matlamat ke dalam minda agar keesokkan harinya kita boleh menguatkan matlamat itu."        -Gadis Sastera


APAKAH MATLAMAT HIDUPKU?

  • Menerapkan AGAMA ISLAM di dalam aspek kehidupan harian (ruhani dan jasmani).
  • Memajukan diri sendiri dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.
  • Mengeksploitasikan ilmu Islam beserta dengan ilmu dunia.
  • Menyebarkan ilmu yang sedia ada kepada rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya.
  • Membawa ISLAM ke dalam rumahku.


"Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian."
(AL-QURAN, AL-ISRA, 17:82)

      Ada yang hanya fokus tentang masa hadapan sahaja tanpa memikirkan langsung masa kini. Memang, rata-rata ada sesetengah orang berpesan supaya memikirkan masa hadapan sahaja. Kita patut fokus kepada kedua-duanya. Berkatalah kepada diri kita, "Kalau aku buat begini, adakah ia memberi kebaikan yang berpanjangan buatku?". Jika ia memberi kebaikan, lakukanlah dan buktikanlah. Jika kita tidak memberi kebaikan langsung, jauhilah.

BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL

Jangan pisahkan pasangan kembar ini ; berusaha, berdoa dan bertawakkal. Jika salah satu daripada mereka tiada, harapan untuk mendapatkan kejayaan menjadi layu. Dewasa ini, ramai yang berjaya dan ramai yang gagal. Mereka berjaya kerana mengamalkan "Berusaha + berdoa + bertawakkal" dan mereka yang gagal mengamalkan "Berusaha + berdoa + berangan". 

Isnin, 2 April 2012

Ibu dan Abah telah pergi!


bismilahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t



Aku bagi mereka sekuntum bunga,
Ibu umpama penyeri yang bangga,
Abah pula sang pujangga,
Bersatu kita berasa lega.

Dimulakan dengan lafaz Bismillah,
Mereka hiasi hariku indah,
Tanpa peduli definisi lelah,
Niat dihati kerana Allah.

Ibu dan Abah telah pergi,
Kembali menghadap pada Ilahi,
Meninggalkanku disini keseorangan sepi,
Bertemankan senyuman sang mentari.

Akanku utuskan salam ingatan,
Hanya doa sebagai ikatan,
Aku hampir menuju kesesatan,
Terpedaya dengan hasutan syaitan.

Kita bersama hanya sementara,
Kita berasmara hanya seketika,
Sudah takdir menentukan segalanya,
Syukur iman masih didada.

Aku rindu belaian mereka,
Aku perlukan seteguk bahagia,
Yang mencurah hanyalah duka,
Jasad mereka tiada didunia.



Wassalam
NURCAHAYAshdc
Jangan sangka mutiara hanya dilautan!
Syukran :D

- Bunga -


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t




*BUNGA*


  Ciptaan Allah yang paling indah selepas wanita ialah bunga. Hati turut tenang memandangnya. Cuba kita bayangkan di sekeliling rumah kita hanya dipenuhi ribuan bunga yang segar dan mekar. Tanpa ada kenderaan lalu lalang, rumah, bangunan yang segak berdiri dan sesakan ribuan manusia. Mungkin sahaja kehidupan akan lebih tenang. Kita juga tidak akan mengalami tekanan.

   

 Harum, cantik, indah dan menawan ialah ciri-ciri yang ada pada bunga. Inilah sebabnya ramai lelaki melambangkan wanita sebagai bunga. Memang diakui wanita memang secocok dengan bunga. Buktinya? Cuba kita bayangkan seorang wanita meletakkan sekuntum bunga di celah-celah rambut atau telinganya. Cantik bukan? Sudah tentulah manis ketika dipandang. Molek sahaja apabila direnungi. Kalau lelaki seperti ini? Kelakar bukan? Memang sudah lazimnya lelaki tidak sepadan dengan bunga. Hanya kelihatan menarik ketika mereka menyematkan pada baju kot yang mereka gayakan. Sungguh kacak, bergaya dan tampan! Hendak lagi bukti? Bunga di mata kita memang cantik, indah dan boleh menawan hati. Lelaki memang tidak sesuai dikategorikan seperti itu. Lelaki di mata kita  ialah segak,kacak,gagah,tegap dan tampan.



 Kumbang, rama-rama dan serangga lain sentiasa keluar memburu bunga-bunga yang mekar. Ini juga terjadi dalam dunia manusia. Melihat sahaja wanita-wanita yang cantik, menawan dan molek cara berpakaian, pasti sahaja mereka akan menjadi buruan para lelaki yang begitu taksub mengejar erti cinta.



 Mungkinkah bunga-bunga akan terus kekal tumbuh di bumi ini pada masa hadapan? Ya atau tidak ialah bergantung pada kita. Manusia mengetepikan Tuhan mereka dan menggantikan wang sebagai Tuhan mereka. Tempat yang sepatutnya menjadi tempat untuk bunga-bunga tumbuh telah menjadi tempat bangunan gagah dan segak berdiri. Bagunan yang tiada membawa apa-apa erti telah merampas segalanya. Bangunan menjadi watak sinis dalam perkara ini.




 Biarlah dunia akan kehilangan bunga dan mungkin akan tinggal hanya sekuntum tetapi jangan sampai wanita yang baik akhlaknya turut bersama-sama lenyap bersama bunga.

- 17.03.2012 -



Wassalam
NURCAHAYAshdc
Bunga,kau cerahkan hariku!
Syukran

Selasa, 13 Mac 2012

Perasaan itu..


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t


Perasaan itu sentiasa mengiringi daku,
dikala kita berjauhan,
Namun, dikala kita bersatu,
perasaan itu lupus setelah kuasa cinta kita menghunus,
Kini,
aku terjaga dari mimpi dan sedar,
bahawa perasaan itu ialah rindu,
Perasaan itu bersarang di hati,
dan tak bisa dihakis,
dengan bisa racun yang cukup binasa,
Sukar bagi daku untuk memadam perasaan rindu,
kerna habuk cinta dari hatimu kekal di jiwaku,
dan,
segala serbuk kasih sayang yang kau curahkan,
membuatkan perasaan rindu sentiasa mengiringi,
langkahku ke mana jua ketika kita berjauhan..



Wassalam
NURCAHAYAshdc
Suatu ketika..
Syukran

Isnin, 12 Mac 2012

Air mataku..


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t


Tangisanku umpama sebuah perjalanan kereta api menyusur,
Air mata berhenti mengalir, 
menandakan perjalanan menemui jalan mati,
Hanya tersekat di persimpangan jalan itu,
Tetapi,
hatiku masih meneruskan perjalanan,
seperti sudah buntu menemui jalan mati yang menghalang,
sekatan...


Wassalam
NURCAHAYAshdc
Suatu hari nanti.
Syukran

Aku seorang musafir.


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t


Aku ingin menjadi seorang musafir,
Bermusafir hanya di hatimu,
Bermula dengan bermusafir,
dan berakhir dengan menjadi penghuni kekal
di hatimu,
Aku menginginkan diri ini,
yang menjadi penyeri di hatimu,
sehingga kita menjadi penghuni Syurga...


Wassalam
NURCAHAYAshdc
Kegelapan dunia akan berakhir nanti
Syukran 

Sabtu, 10 Mac 2012

Andai kau..

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t


Andai kau pelangi,
biarkan daku menjadi penyeri,
Andai kau sepi,
biarkan daku hadir dalam hidupmu disisi,
Andai kau murung,
biarkan daku teraniaya dan terkurung,
Andai kau berduka,
biarkan daku membuat hidupmu bahagia dan sentiasa ketawa,
Andai kau sebuah lagu,
biarkan daku menjadi irama itu,
Andai kau puisi,
biarkan daku menjadi melodi..

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Syukran



Jangan Bilang


bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Jangan bilang cinta itu buta,
kerna kamu yang sebenarnya buta,
Jangan bilang cinta di zaman sekolah itu ialah cinta monyet,
kerna kamu yang sebenarnya monyet,
Jangan bilang cinta tak mengenal usia,
kerna kamu yang tak mengenal usia,
Jangan bilang ketika lemas di arus percintaan itu ialah cinta gila,
kerna kamu yang sebenarnya gila,
Jangan bilang cinta yang telah membuat hidupmu berkecai,
kerna kamu yang telah menghancurkan hidupmu sendiri,
Jangan bilang cinta tiada apa-apa erti,
kerna kamu yang sebenarnya tiada apa-apa erti dalam kehidupan!

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Syukran

Jumaat, 9 Mac 2012

Tiada pernah


Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t


Tiada pernah awan begitu tinggi,
sehingga payah untuk digenggami,
Tiada pernah lautan begitu sempit,
sehingga hidupan laut  tinggal di daratan dan tiada tempat untuk anak muda merempit,
Tiada pernah awan begitu keras,
sehingga burung-burung tak bisa terbang bebas,
Tiada pernah hujan tak menjejak kaki ke bumi,
sehingga tiada hidupan ingin duduk di bumi untuk didiami,
Tiada pernah pokok tak berhenti tumbuh,
sehingga burung-burung payah untuk berlabuh,
Tiada pernah matahari merajuk,
sehingga kita jadi gila umpama dirasuk.

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Syukran




Hilang


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t


Bayu sejuk mencempung tubuhku rengang,
Aku menggigil kesejukkan,
Mendongak melihat pekatnya malam,
Menanti bidadari dari syurga,
turun ke bumi untuk menyebarkan bubuk-bubuk bahagia,
Mata agak sukar terlelap,
kerana pari-pari jemu menemani disisi.

Dunia ini sepi,
setelah kunang-kunang tidak berkelip,
setelah bintang-bintang tidak mampu menyuluh cahaya,
setelah bulan menyorok di balik bumi,
setelah rama-rama patah sayapnya,
setelah burung-burung tidak berdaya terbang bebas di udara...

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Syukran


Bunga mawar layu


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

kau dayus!
Dulu,
kau menganggap aku,
umpama sekuntum bunga mawar,
yang harum diantara jambangan yang lain,
Kini,
Harumnya terhakis,
kerana perbuatan dayusmu,
Aku bukan lagi tarikanmu,
Kini,
Aku umpama sekuntum bunga mawar
yang layu diantara yang lain.. (T_T)

wassalam
NURCAHAYAshdc
Syukran

Kesilapan lalu mengubah segalanya.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM



Umi,
Abah,
Maafkan segala kesalahan anakmu,
Kini, banyak dosa yang anakmu telah lakukan,
Anakmu terleka kerana nafsu mengaburi,
namun Allah sentiasa merahmati,
masih sayang,
walaupun dosa selautan dunia

Menyedari kesilapan lalu,
harapan yang baru subur kembali,
Syukur,
ditemukan jalan menuju,
ke bahagiaan,
perasaan duka,
dibenamkan.. :P

Wassalam
NURCAHAYAshdc
Syukran




Sabtu, 25 Februari 2012

Semuanya hilang

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Assalamualaikum w.b.t~



Bunga itu layu, setelah sinaran cahaya dari dirimu kian menghilang. 



Bidadari-bidadari dari Syurga tidak ingin lagi turun ke bumi untuk menyebarkan bubuk bahagia. 



 




Kunang-kunang pula tidak berkelipan setiap malam.






Bintang-bintang di langit tidak mampu lagi  mengeluarkan cahayanya. 






Bulan pula tidak hadir setiap malam, mungkin berbalahan dengan dengan bintang. 




Langit tidak membiru seperti dahulu.




 Mendung sahaja yang mewarnai hari yang berganti hari. 




Esok tidak kunjung-kunjung tiba. 






Pari-pari sudah jemu untuk menemani setiap kali mahu tidur. 




Hanya mimpi buruk yang menemani ketika terlelap. 






Pelangi tiba-tiba hilang satu warna. 





Lautan yang terbentang luas terbahagi kepada empat. 




Pokok-pokok dengan sendirinya tidak mahu berhenti membesar dan mencecah langit.


~Wassalam~
~NURCAHAYAshdc~
~JIKA DUNIA SEPERTI INI~
~Syukran~